AGENDA

Ban pecah dan rosak dibaiki, kawal limpahan air pasang besar bulan depan

21 Sep 2020, 4:33 AM
Ban pecah dan rosak dibaiki, kawal limpahan air pasang besar bulan depan

SHAH ALAM, 21 SEPT: Ban rosak dan pecah pada hujung minggu lalu akibat air pasang besar akan dibaiki sebagai persediaan menghadapi fenomena sama bulan depan.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata senarai kerosakan akan diserahkan kepada bahagian teknikal untuk tindakan lanjut.

"Kawasan air melimpah akan terus dikawal. Kita jangkakan paras ais pasang pada Oktober nanti lebih tinggi iaitu 5.8 meter berbanding bulan ini di paras 5.7 meter.

"Kejadian kali ini masih dapat dikawal kerana persediaan awal dibuat selepas ramalan. Pusat pemindahan sementara tetap disediakan namun tiada mangsa ditempatkan," kata Ahmad Fairuz Mohd Yusof kepada SelangorKini hari ini.

Beliau menjelaskan kawasan sekitar Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor difokuskan bulan depan kerana paras air tinggi dijangka berlaku di situ.

Fenomena berkenaan berlaku antara jam 5 hingga 8 pagi Sabtu dan Ahad lalu serta dijangka berlarutan pada 17 hingga 19 Oktober dan 15 hingga 16 November.

Pusat Hidrografi Nasional menjangka paras air laut di sekitar Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berada pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619