AGENSI

Penjawat awam, sistem perkhidmatan bergerak ke transformasi digital - MB

19 Sep 2020, 1:31 PM
Penjawat awam, sistem perkhidmatan bergerak ke transformasi digital - MB
Penjawat awam, sistem perkhidmatan bergerak ke transformasi digital - MB

AMPANG, 19 SEPT: Kerajaan Negeri komited mempersiapkan pejawat awam dan sistem perkhidmatan ke arah transformasi digital untuk memenuhi dan mencapai visi negeri pintar menjelang 2025.

Dato’ Menteri Besar berkata pelaksanaan latihan dan program pembangunan menerusi medium berkaitan memberi impak positif terhadap rakyat khususnya usahawan.

“Kita bukan baru bermula (transformasi digital) sebaliknya sedang rancak ke arah itu lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 yang ternyata memberi peluang untuk mencuba kaedah digital ini.

“Namun, kerja masih perlu dibuat dan banyak lagi tugasan perlu dilakukan secara berperingkat untuk mendigitalisasi bukan hanya komuniti tetapi pegawai kerajaan,” kata Dato' Seri Amirudin Shari kepada media selepas merasmikan program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2020 Siri Ketiga di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini hari ini.

[caption id="attachment_439452" align="aligncenter" width="571"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika Program Jelajah Usahawan Digital Selangor siri ketiga di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 19 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100.7 juta untuk industri digitalisasi bagi mengimbangi pentadbiran ketika penularan Covid-19.

Digitalisasi membabitkan e-pembelajaran, Selangor Advance dan Inisiatif Digital Selangor Grab yang membuka peluang pekerjaan serta menjaga kebajikan pekerja sedia ada.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619