AGENDA

MB gesa pembinaan EKVE ikut jadual, surai kesesakan trafik

19 Sep 2020, 5:24 AM
MB gesa pembinaan EKVE ikut jadual, surai kesesakan trafik

AMPANG, 19 SEPT: Pemaju digesa menyiapkan projek pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) mengikut jadual bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas di Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata projek yang sepatutnya siap September tahun lalu perlu disegerakan untuk merungkai keresahan penduduk.

"Pembinaan lebuh raya itu pernah berdepan beberapa masalah antaranya berdekatan hutan simpan dan penggazetan kawasan tadahan, namun semuanya sudah selesai.

"Saya harap pemaju ambil maklum dan segerakan pembinaan. Pembangunan ini baik untuk masa hadapan tetapi memerlukan sedikit pengorbanan daripada penduduk," katanya pada Program Turun Padang Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Amirudin turut menyambut baik pembinaan lebuh raya tersebut yang menghubungkan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Pada 24 Julai 2018, EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim berkata pembinaan EKVE bakal menjimatkan masa pengguna dari Ukay Perdana ke Sungai Long, Kajang.

Lebuh raya sepanjang 36.16 kilometer itu menelan kos RM1.51 bilion dan dijangka siap tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619