AGENSI

JPS nilai pembaikan struktur benteng di Pantai Remis

19 Sep 2020, 4:11 AM
JPS nilai pembaikan struktur benteng di Pantai Remis

SHAH ALAM, 19 SEPT: Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS) akan menilai struktur benteng di Pantai Remis yang terhakis teruk susulan fenomena air pasang besar pagi tadi.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata penilaian merangkumi kiraan kos serta jangka masa baik pulih yang akan dilakukan.

"Berikutan kejadian itu, sebanyak empat buah rumah di Kampung Sungai Janggut, Jeram yang terletak berdekatan pantai berkenaan dimasuki air kira-kira jam 7 pagi tadi.

"Setakat ini penduduk belum berpindah, namun pemantauan akan dibuat dari masa ke semasa," katanya memaklumkan benteng berkenaan terhakis akibat ombak setinggi 5.7 meter.

Semalam, benteng di beberapa kawasan sekitar pantai Kuala Langat turut runtuh susulan ombak kuat dan kerja baik pulih giat dijalankan.

Pusat Hidografi Nasional menjangka paras air laut di sekitar Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berada pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter.

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku antara jam 5 hingga 8 pagi pada 19 dan 20 September, 17 hingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November.

Berikutan itu, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan tidak melakukan aktiviti di pesisiran pantai bermula hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619