AGENDA

Tugu badminton keluarga Sidek dibaik pulih, bakal tarik pelancong

18 Sep 2020, 9:05 AM
Tugu badminton keluarga Sidek dibaik pulih, bakal tarik pelancong
Tugu badminton keluarga Sidek dibaik pulih, bakal tarik pelancong

SHAH ALAM, 18 SEPT: Tugu Peringatan Badminton Keluarga Sidek di Kampung Kanchong Darat, Banting dibaik pulih bagi memastikan monumen tersebut kekal sebagai destinasi tarikan pelancong di negeri ini.

Pengarah projek, Saidul Marjuni berkata proses itu bermula 15 Ogos merangkumi kerja pembersihan, mengecat, mural, landskap, memasang lampu limpah dan pagar mengelilingi tugu melibatkan kos sekitar RM17,000.

"Projek ini digerakkan Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Kuala Langat (DACS) dan dibantu pelbagai pihak termasuk sukarelawan dalam kalangan penduduk tempatan yang bersama-sama menyumbang masa, tenaga, kemahiran dan wang.

"Kerja baik pulih telah masuk minggu kelima dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi. Kita berharap tugu ini akan menjadi mercu tanda pekan Banting dan menjadikan tarikan penduduk luar," katanya kepada SelangorKini hari ini.

[caption id="attachment_439199" align="alignnone" width="867"] Proses baik pulih merangkumi kerja pembersihan, mengecat, mural, landskap, memasang lampu limpah dan pagar mengelilingi Tugu Peringatan Badminton Keluarga Sidek. Foto Facebook DACS[/caption]

Beliau yang juga pengerusi Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Kuala Langat berkata projek tersebut turut mendapat kerjasama keluarga Allahyarham Dato' Sidek Abdullah Kamar.

"Keluarga Sidek telah melahirkan lima jaguh badminton iaitu Misbun, Jalani, Razif, Rahman dan Rashid. Mereka membantu Malaysia memenangi Piala Thomas pada tahun 1992, iaitu 28 tahun yang lalu dan kejayaan ini masih gagal kita ulangi.

"Sebagai anak jati Banting, sudah tentu saya berbangga kerana diberi peluang mengetuai projek ini dan tugu ini menyimpan seribu satu makna kepada rakyat Malaysia terutama generasi muda," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619