AGENDA

Pemegang saham Top Glove terima dividen hampir RM1 bilion

17 Sep 2020, 7:24 AM
Pemegang saham Top Glove terima dividen hampir RM1 bilion

KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Top Glove Corporation Bhd mengumumkan dividen akhir sebanyak 8.5 sen, membabitkan bayaran lebih kurang RM691.8 juta sebagai ganjaran kepada 57,000 pemegang saham awamnya, berikutan prestasi luar biasa yang dicatatkan kumpulan bagi suku keempat berakhir 31 Ogos, 2020.

"Ini menjadikan dividen tahun kewangan 2020 mencecah kepada 11.8 sen sesaham membabitkan jumlah bayaran sebanyak kira-kira RM961.2 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah dividen 11.8 sen mewakili peningkatan sebanyak 9.3 sen atau 373 peratus daripada tahun kewangan 2019 -- nisbah pembayaran keuntungan bersih sebanyak 51 peratus.

Keuntungan bersih Top Glove melonjak 417 peratus dari tahun ke tahun pada tahun kewangan 2020 kepada RM1.86 bilion, manakala hasil menokok kepada RM7.23 bilion daripada RM4.8 bilion yang dicatatkan semasa tahun kewangan 2019 selepas permintaan untuk sarung tangan getah bertambah di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Untuk suku keempat 2020, keuntungan bersih naik kepada RM1.29 bilion berbanding hanya RM74.16 juta pada suku keempat 2019, manakala pendapatan pula bertambah kepada RM3.1 bilion daripada RM1.18 bilion.

Menurut Top Glove, keputusan tahun kewangan 2020 mencerminkan "prestasi cemerlang dalam tahun yang tidak sama seperti sebelum ini, dengan jangkaan kenaikan dalam permintaan sarung dilihat berterusan,", sambil menambah, kumpulan itu juga teruja bagi mewujudkan paras tertinggi baharu dalam tahun kewangan 2021.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619