AGENDA

Agong hargai pengorbanan ATM, bendung penularan Covid-19

16 Sep 2020, 3:46 AM
Agong hargai pengorbanan ATM, bendung penularan Covid-19

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-87 kepada seluruh warga angkatan tentera termasuk veteran serta semua yang pernah berkhidmat dengan ATM.

Seri Paduka turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada anggota ATM, khususnya yang bertugas di barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membantu kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini.

"Selaku pemerintah tertinggi ATM, Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pergorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara yang kita cintai bersama ini.

"Semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa," titah Seri Paduka melalui hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook Istana Negara hari ini.

Hari ATM disambut pada 16 September setiap tahun.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619