AGENDA

Syarat bina rumah diperketat, elak projek terbengkalai

15 Sep 2020, 11:02 AM
Syarat bina rumah diperketat, elak projek terbengkalai

SHAH ALAM, 15 SEPT: Syarat pembinaan rumah di negeri ini disemak dan diperketat dari semasa ke semasa bagi mengatasi isu projek terbengkalai.

Dato' Menteri Besar berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diarah mengenal pasti senarai pemaju bermasalah untuk menyiapkan projek seperti dijadualkan.

"Bermula 2008, Kerajaan Negeri melaksanakan dasar perumahan mampu milik yang melalui beberapa proses penambahbaikan demi menjaga hak serta kepentingan rakyat.

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan pemaju yang hanya mementingkan projek rumah bernilai tinggi tetapi gagal menyiapkan projek rumah kos rendah," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada Majlis Penjenamaan Projek Rumah Idaman Taman Air Manis di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Pada 6 Ogos lalu, Amirudin menegaskan keutamaan Kerajaan Negeri ialah membaik pulih 37 projek perumahan terbengkalai di bawah pemantauan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai PBT.

Beliau berkata antara kejayaaan dicapai ialah menyelesaikan projek perumahan Idaman Warisan di Alam Perdana, Ijok yang terbengkalai sejak 1999.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619