EXCO

Penduduk hargai bantuan barangan perlindungan kesihatan

14 Sep 2020, 8:37 AM
Penduduk hargai bantuan barangan perlindungan kesihatan
Penduduk hargai bantuan barangan perlindungan kesihatan

KUALA SELANGOR, 14 SEPT: Penerima Program Pemberian Barangan Perlindungan Kesihatan dan Makanan Berkhasiat menghargai sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Noor Rila Md Noor, 63, berkata sumbangan diberi dapat mengurangkan beban ditanggung.

“Saya terima apa sahaja bantuan kerana memang memerlukan. Terima kasih kerana prihatin dengan rakyat,” katanya kepada SelangorKini.

Seorang lagi penerima, Zaharah Ahmad, 59, berkata barangan itu merupakan keperluannya setiap hari sejak penularan Covid-19 termasuk di negeri ini.

[caption id="attachment_438186" align="alignleft" width="389"] Zaharah Ahmad[/caption]

“Makcik ada penyakit jadi kerap pakai cecair pembasmi kuman nak elak risiko jangkitan. Bila pergi klinik wajib pakai pelitup jadi pemberian hari ini memang berguna dan dapat kurangkan kos membeli," katanya.

Terdahulu, EXCO Kerajaan Prihatin V Ganabatirau melawat kedua-dua penerima serta menyerahkan bantuan tersebut selain beras, milo, bijirin serat serta biskut.

Program membabitkan kos hampir RM348,000 itu memberi manfaat kepada 5,700 golongan berpendapatan rendah (B40) di 57 mukim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619