AGENSI

Sultan Selangor berkenan beli Kasut Emas Khalid Jamlus

14 Sep 2020, 4:31 AM
Sultan Selangor berkenan beli Kasut Emas Khalid Jamlus
Sultan Selangor berkenan beli Kasut Emas Khalid Jamlus

SHAH ALAM, 14 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

Selangor Royal Office dalam kenyataan memaklumkan majlis penyerahan ringkas trofi itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

"Pembelian Kasut Emas ditetapkan pada satu nilai dipersetujui kedua-dua pihak.

"Sultan Selangor berkenan trofi dimenangi Khalid pada 2002 itu diletakkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor di perkarangan Istana Alam Shah," katanya.

[caption id="attachment_438098" align="aligncenter" width="575"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima mengadap bekas pemain bola sepak kebangsaan Khalid Jamlus dan menerima trofi Kasut Emas di Istana Alam Shah, Klang pada 14 September 2020. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Khalid mewakili Selangor untuk saingan Liga Perdana selama dua musim pada 2005 dan 2006.

Bagaimanapun beliau memenangi Kasut Emas itu ketika mewakili Perak apabila muncul penjaring terbanyak dengan merekodkan 17 gol dan membantu negeri itu menjuarai liga.

Isu Kasut Emas serta beberapa koleksi lain milik Khalid menjadi tular beberapa bulan lalu apabila beliau memutuskan menjualnya susulan tidak mempunyai pendapatan tetap selama tiga tahun tambahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang memeritkan lagi kehidupannya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619