AGENDA

Pelakon veteran Idris Mat Diah meninggal dunia

14 Sep 2020, 3:15 AM
Pelakon veteran Idris Mat Diah meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 14 SEPT: Pelakon veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama '7 Hari Mencintaiku', meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita kematian Idris, 61, disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan, hari ini.

"Menurut anak Allahyarham, Alia, ayahnya tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi, mereka menghubungi pihak ambulans yang kemudiannya mengesahkan arwah meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi,” kata Hafiz.

Hafiz berkata jenazah Allahyarham kini dalam perjalanan dari Putrajaya ke rumah mereka di Kepong dan akan diuruskan di Masjid Al-Faizin Kepong sebelum dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong.

"Anak arwah juga memaklumkan jika arwah ada berhutang pada sesiapa beliau memohon agar menghubungi pihak waris,” katanya menambah Seniman Malaysia turut mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

Selain drama '7 Hari Mencintaiku', Allahyarham juga pernah muncul dalam drama 'Cucu Tauke Beras', 'Menantu Bilal', 'Andainya Takdir' dan 'Zahir Tak Terucap'.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619