ADN

MB tinjau rumah runtuh, arah bantuan segera kepada mangsa

13 Sep 2020, 6:29 AM
MB tinjau rumah runtuh, arah bantuan segera kepada mangsa
MB tinjau rumah runtuh, arah bantuan segera kepada mangsa

GOMBAK, 13 SEPT: Dato' Menteri Besar hari ini meluangkan masa melawat keluarga sebuah rumah yang runtuh di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves di sini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri akan memastikan mangsa terdiri pasangan suami isteri serta dua anak menerima bantuan sewajarnya termasuk peruntukan baik pulih rumah.

"Saya melahirkan simpati kepada keluarga ini, ada mangsa mengalami kecederaan parah dan sama-sama kita berdoa semoga mereka diberi kekuatan dan cepat sembuh.

[caption id="attachment_437941" align="alignright" width="500"] Keadaan rumah mangsa yang runtuh di Kampung Wira Damai Batu Caves, Gombak pada 13 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Pejabat Dewan Undangan Negeri Sungai Tua akan memantau perkembangan mangsa dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan mereka terjaga," katanya selepas melawat keluarga mangsa.

Beliau berkata struktur rumah yang runtuh akan dikeluarkan esok bagi membolehkan kerja baik pulih dilakukan.

Rumah tersebut didiami pasangan suami isteri berumur 29 dan 27 tahun serta dua anak masing-masing berumur empat tahun dan dua bulan.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, struktur dinding dan bumbung menghempap seorang wanita dan anaknya berumur dua bulan sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619