AGENDA

KDEBWM berjaya urus sampah melalui iClean Selangor

11 Sep 2020, 6:19 AM
KDEBWM berjaya urus sampah melalui iClean Selangor
KDEBWM berjaya urus sampah melalui iClean Selangor

SHAH ALAM, 11 SEPT: KDEB Waste Management (KDEBWM) berjaya mengurus sisa domestik dan pembersihan awam di negeri ini hasil pengenalan iClean Selangor sejak Julai 2016.

Agensi berkata aplikasi itu membantu orang ramai melaporkan kes sampah tidak dikutip selain dapat menurunkan aduan sehingga 95 peratus dalam tiga bulan pertama pengambilalihan.

"Aplikasi itu meminta pengguna mengambil gambar sampah yang tidak dikutip di mana-mana lokasi sebelum aduan dirujuk ke pusat kawalan setempat.

"Pusat itu akan memeriksa kekosongan jadual kutipan dan mengirim aduan kepada penyelia tapak seterusnya kepada kontraktor di lapangan. Masalah diselesaikan dalam tempoh 24 jam," katanya dalam kenyataan.

[caption id="attachment_437550" align="alignleft" width="343"] Foto Facebook iClean Selangor[/caption]

Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun di Google Play dan App Store, selain pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan di talian 1-800-88-2824/019-375 9592 atau WhatsApp menerusi 019-2742824.

KDEBWM merupakan anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor yang bertanggungjawab mengurus sampah domestik di negeri ini.

Pada Julai 2016, agensi mengambil alih pengurusan sampah di Majlis Perbandaran Klang seterusnya memperluas khidmatnya kepada 12 pihak berkuasa tempatan lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619