BERITA UTAMA

31 pelajar asrama tahfiz terbakar Kuala Langat terima RM500

10 Sep 2020, 7:01 AM
31 pelajar asrama tahfiz terbakar Kuala Langat terima RM500

SHAH ALAM, 10 SEPT: Seramai 31 pelajar perempuan asrama Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Kuala Langat yang terbakar awal Ogos lalu diberi sumbangan RM500.

Pengetuanya, Abdul Halim Saljadi berkata bantuan itu membolehkan mereka yang mendiami tingkat empat bangunan membeli semula barangan peribadi yang musnah termasuk keperluan persekolahan.

"Pelajar juga menerima sumbangan baju sekolah selain barangan dan keperluan peribadi. Semua barangan mereka musnah ketika kebakaran itu dan tak dapat diselamatkan," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata semua pelajar menjalani sesi persekolahan seperti biasa namun ditempatkan di kuarters guru dan satu kem jati diri berhampiran.

Tambahnya, pelajar dijangka mendiami semula bangunan asrama pertengahan Oktober ini selepas kerja baik pulih selesai.

"Kekuda tingkat atas yang rosak siap dipasang. Proses pendawaian dan cat akan dilakukan selepas ini. Bagaimanapun kita akan pastikan semua selamat sebelum membenarkan masuk asrama," katanya.

Pagi 4 Ogos lalu, 131 pelajar maahad berkenaan selamat selepas bangunan asrama tingkat empat didiami mereka terbakar. Kejadian jam 5.45 pagi itu berlaku ketika mereka bersiap untuk menunaikan solat Subuh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619