AGENDA

Bekalan air di tujuh wilayah pulih sepenuhnya

9 Sep 2020, 12:48 AM
Bekalan air di tujuh wilayah pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 9 SEPT: Kesemua kawasan di tujuh wilayah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Khamis lalu telah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan perkembangan itu dan merakamkan penghargaan di atas kesabaran orang ramai sepanjang tempoh sukar berkenaan.

"Pengguna disaran memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau App Store untuk informasi terkini bekalan air.

"Rujukan juga boleh dibuat di Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau

layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

Sentiasa gunakan air secara berhemat," kata Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri.

Khamis lalu, 1.2 juta pemegang akaun di tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah.

Gangguan itu melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang-Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619