AGENDA

Dr Noor Hisham mohon rakyat doa keselamatan petugas kesihatan

6 Sep 2020, 8:12 AM
Dr Noor Hisham mohon rakyat doa keselamatan petugas kesihatan

SHAH ALAM, 6 SEPT: Rakyat diminta berdoa memohon keselamatan petugas barisan hadapan yang membuat saringan Covid-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata risiko kakitangan Pejabat Kesihatan KLIA dijangkiti virus itu amat tinggi kerana berurusan dengan individu yang pulang dari pelbagai negara.

"Petugas Kesihatan barisan hadapan dari Pejabat Kesihatan KLIA bekerja 24 jam sehari secara bergilir-gilir untuk saringan Covid- 19. Kes import dari luar negara semakin meningkat dan mereka berurusan dengan individu yang datang dari pelbagai negara.

"Risiko dijangkiti amat tinggi. Sama-sama kita berdoa agar semua petugas kesihatan kita terhindar dari jangkitan Covid-19," katanya menerusi Facebook hari ini.

Semalam Malaysia merekodkan empat kes import dari Pakistan, Angola, India dan Bangladesh, melibatkan dua rakyat tempatan dan dua rakyat asing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619