ADN

ADN Sentosa cari pesalah bakar satu tan sampah di bahu jalan

4 Sep 2020, 3:34 AM
ADN Sentosa cari pesalah bakar satu tan sampah di bahu jalan

SHAH ALAM, 4 SEPT: Ahli Dewan Negeri Sentosa mengesan individu yang membuang dan membakar sampah hampir satu tan di bahu jalan berhampiran taman perumahan, dekat sini.

Dr Gunaraj George berkata hasil siasatan mendapati pesalah membuang barang perhiasan berupa manik dan tali tangsi.

"Ini adalah tindakan yang amat tidak wajar kerana sampah berkenaan bukan saja dibuang sebaliknya turut dibakar sehingga menyebabkan penduduk gelisah.

"Oleh itu, saya sudah berbincang dengan penduduk setempat supaya menubuhkan skuad khas untuk mendapatkan maklumat berkenaan pembuang sampah haram berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, beliau terpaksa mendapatkan khidmat Majlis Perbandaran Klang dan KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi membersihkan kawasan terbabit.

"Saya berharap supaya pesalah dapat dikesan secepat mungkin dan dikenakan tindakan sewajarnya."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619