AGENDA

39 individu ingkar arahan PKPP, tujuh direman - Ismail Sabri

2 Sep 2020, 8:07 AM
39 individu ingkar arahan PKPP, tujuh direman - Ismail Sabri

SHAH ALAM, 2 SEPT: Bilangan individu yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kembali menurun dengan 39 orang ditahan semalam berbanding 778 kelmarin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai tujuh individu direman dan 27 pula dikenakan kompaun.

"Kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan catatan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka dan premis beroperasi lebih masa.

"Selain itu, lima kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah serta 10 aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri sebanyak 63,206 pemeriksaan dilakukan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKPP.

Katanya, pemantauan dilakukan di 3,981 pasar raya, 5,162 restoran serta 1,611 penjaja, 1,810 kilang, 3,681 bank dan 1,111 pejabat kerajaan.

Pemeriksaan turut dilakukan di 1,789 terminal pengangkutan darat, 208 terminal pengangkutan air serta 125 terminal pengangkutan udara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619