AGENDA

Atlet Sukma ikuti perlawanan persahabatan, kem berpusat untuk tingkat prestasi

31 Ogos 2020, 7:34 AM
Atlet Sukma ikuti perlawanan persahabatan, kem berpusat untuk tingkat prestasi
Atlet Sukma ikuti perlawanan persahabatan, kem berpusat untuk tingkat prestasi

SHAH ALAM, 31 OGOS: Program latihan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Selangor diubah termasuk kerap mengadakan perlawanan persabahatan bagi meningkat prestasi.

Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri berkata atlet turut mengikuti kem berpusat dengan menjemput pakar psikologi bagi menguatkan mental serta memastikan mereka kekal bersemangat walaupun lama tidak bertanding.

"Memandangkan tiada kejohanan utama dianjurkan pada tahun ini kita ubah suai latihan atlet, kita tidak mahu prestasi merosot, kita mahu mereka kekal fokus dan berdisiplin.

[caption id="attachment_434717" align="alignnone" width="803"] Sesi psikologi sukan oleh Dr Jamatul Shahidah Shaari bersama pasukan Kanu Sukma Selangor di Kolam ORS, Kg Hang Tuah, Bestari Jaya. Foto: MSN Selangor[/caption]

"MSN juga telah atur sesi kem berpusat bagi memastikan atlet lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan memantapkan mental dan menaikkan semangat mereka," kata Mohamad Nizam Marjugi kepada SelangorKini.

Sukma Johor 2020 yang ditangguh susulan penularan Covid-19 dijadualkan semula pada 6 hingga 14 Mac tahun depan manakala Para Sukma berlangsung bermula 5 hingga 10 April.

Selangor menyasarkan kutipan 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa pada kejohanan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619