EXCO

Kamera badan tak mahal, PBT diminta guna peruntukan sendiri

31 Ogos 2020, 6:26 AM
Kamera badan tak mahal, PBT diminta guna peruntukan sendiri

SHAH ALAM, 31 OGOS: Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini diminta mengguna peruntukan sendiri bagi membeli kamera badan memandangkan harganya tidak mahal dan mampu dimiliki.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata kurang peruntukan terutama bagi PBT berstatus daerah memasang alat tersebut seharusnya tidak menjadi isu.

"Harga kamera badan tidak mencecah sehingga RM1,000 seunit dan bergantung pada jenama yang mereka (PBT) pilih, jadi tidak timbul isu mereka mampu beli atau sebaliknya.

"Bukan semua anggota penguat kuasa perlu memakai kamera badan tetapi dikhaskan kepada ketua anggota sahaja yang bertugas di lapangan bersama pasukan. Bagaimanapun, jika ada dua atau tiga (anggota) adalah lebih baik," katanya kepada SelangorKini.

Beliau menambah Kerajaan Negeri tidak menetapkan kuantiti minimum bagi pembelian peranti itu namun bergantung tahap keupayaan masing-masing.

"Mereka (PBT) menyambut baik pemasangan alat ini yang mampu menjadi bahan bukti jika berlaku insiden tidak diingini seperti provokasi sama ada terhadap anggota penguat kuasa mahupun orang awam.

"Selain itu, ia dapat memastikan anggota penguat kuasa menjalankan tugas mengikut tatacara operasi piawai (SOP) selain memberi perlindungan terhadap kedua-dua pihak," katanya.

Sehingga kini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Klang sudah menggunakan peranti tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619