AGENDA

MB: Fahami nilai Rukun Negara, terap dalam kehidupan

30 Ogos 2020, 2:20 PM
MB: Fahami nilai Rukun Negara, terap dalam kehidupan

SHAH ALAM, 30 OGOS: Nilai dan ajaran Rukun Negara tidak hanya boleh dijadikan kata-kata, sebaliknya perlu dipraktik dan diperhalusi, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari kesal masih ada kelompok yang tidak memahaminya dan mengamalkan sikap yang boleh menimbulkan kemarahan serta keresahan.

"Bapa Kemerdekaan juga menyeru, ‘Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara.’

"Pada ulang tahun ke-63 kemerdekaan, kita tidak boleh melupakan negara ini dibina dengan usaha dan jerih perih leluhur kita yang menumpahkan darah dan air mata untuk melihat sebuah negara dan bangsa yang maju jaya, dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di pentas dunia.

"Sedari awal lagi negara ini didirikan dengan nilai timbang rasa yang tinggi, saling hormat-menghormati dan ketinggian budi seperti yang digariskan dengan jelas dalam Rukun Negara," katanya dalam perutusan khas sempena merdeka.

Amirudin berkata perjuangan menentang Covid-19 juga masih panjang dan rakyat diingatkan sentiasa mematuhi norma baharu demi kesejahteraan semua.

Beliau turut memberi tabik hormat kepada petugas barisan hadapan yang berjuang dan berkhidmat tanpa henti untuk memelihara dan melindungi rakyat daripada pandemik global itu.

"Perjuangan dan pengorbanan anda adalah lambang bakti setia kepada negara yang tercinta ini. Selamat Hari Kebangsaan kepada semua," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619