AGENDA

Pendidikan hadapi pelbagai cabaran semasa pandemik

30 Ogos 2020, 1:16 PM
Pendidikan hadapi pelbagai cabaran semasa pandemik

KOTA KINABALU, 30 OGOS: Isu pendidikan berhadapan pelbagai cabaran apabila penularan Covid-19 mula dikesan dalam negara sejak beberapa bulan lepas, terutama dari segi jadual pembelajaran pelajar.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata semasa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan penyakit itu, pembelajaran dalam talian perlu diadaptasi dalam usaha memastikan setiap pelajar tidak ketinggalan.

Beliau memberi contoh bagi pelajar tingkatan lima tahun depan, sekiranya mereka tidak dapat menghabiskan silibus tingkatan empat, pastinya mereka menghadapi kesukaran untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Sebagai kementerian bertanggungjawab kita tidak boleh benarkan ini berlaku sebab itu saya ambil risiko, orang nak bising ke, kita tetap kena ikut perancangan, apa kita nak laksanakan bagi pastikan pelajar tidak ketinggalan akibat PKP," katanya.

Berucap di Majlis Hi-Tea dan Sembang Santai Menteri Pendidikan Bersama Media Sabah di sini hari ini, katanya beliau memahami beban tugas dirasai guru bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan ketika PKP ini terutama akibat perubahan takwim persekolahan, namun beliau memohon agar semua guru memberikan yang terbaik demi anak muda Malaysia.

Radzi berkata beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan bukan dengan tujuan untuk menjadi popular, sebaliknya mahu memastikan setiap rakyat Malaysia terutama generasi muda memperoleh pendidikan sempurna.

Beliau berkata dalam merealisasi hasrat itu lawatan mengejut ke sekolah-sekolah tanpa memberitahu pengurusan terlebih dahulu, telah menjadi sebagai menjadi rutin buat dirinya, untuk melihat sendiri persekitaran pembelajaran yang neutral.

"Itu (jadi popular) tidak diperlukan, apa yang diperlukan ialah perlaksanaan kaedah dan dasar yang memberi manafaat kepada pelajar murid dan ibu bapa. Itu yang paling penting. Apa yang orang nak kata saya tidak peduli, yang penting kita ‘sampaikan’ untuk rakyat,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619