AGENDA

RiDE: Sambutan luar jangka, borang dimuat turun 15,000 kali

29 Ogos 2020, 7:56 AM
RiDE: Sambutan luar jangka, borang dimuat turun 15,000 kali

SHAH ALAM, 29 OGOS: Borang permohonan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) dimuat turun sebanyak 15,000 kali setakat semalam, kata Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor.

Mohamad Nizam Marjugi berkata jumlah tersebut di luar jangkaan dan pemilihan peserta dibuat berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ bagi mengisi 3,000 kuota ditetapkan.

"Walaupun 15,000 borang dimuat turun, tetapi kita baru menerima lebih 300 borang permohonan dan kita jangkakan lebih banyak borang permohonan dihantar pada minggu depan.

"Pemohon perlu mendapatkan pengesahan pemastautin tetap melebihi 10 tahun di Selangor menerusi pejabat wakil rakyat kawasan masing-masing dan menghantar sendiri ke pejabat MSN negeri," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata syarat lain ialah pemohon mesti berumur 17 hingga 30 tahun, mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 bagi yang bekerja serta memperoleh lesen motosikal B2 bermula Januari tahun ini.

RiDE menyasarkan 3,000 belia miskin bandar mendapat subsidi lesen motosikal berjumlah RM350, selain boleh mengikuti kursus e-panggilan bernilai RM200 dan menikmati caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial berjumlah RM70 setahun.

Mereka yang berminat boleh memohon inisiatif itu menerusi pautan http://msnselangor.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619