ADN

ADN Permatang sumbang kerusi roda kepada dua pesakit

29 Ogos 2020, 1:36 AM
ADN Permatang sumbang kerusi roda kepada dua pesakit
ADN Permatang sumbang kerusi roda kepada dua pesakit

SHAH ALAM, 29 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang melakukan rutin Santun Qalbu dengan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada dua pesakit wanita di kawasannya semalam.

Rozana Zainal Abidin berharap sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban kedua-duanya dan berdoa agar mereka sembuh dan dipermudah urusan.

"Sumbangan kerusi roda ini bagi meringankan beban Siti Maisarah untuk bergerak di hospital ketika dalam rawatan kemoterapi," katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_434332" align="alignnone" width="834"] Rozana bertanya khabar Siti Maisarah Mokazar yang menderita akibat barah.[/caption]

Siti Maisarah Mokazar merupakan pesakit barah dalam tempoh rawatan dan kini dijaga suami dan kakaknya.

Manakala, pesakit kedua Nor Chahaya Azis pula menderita sejak November tahun lalu akibat kakinya dipotong kerana terpijak kaca.

Simpati dengan beban ditanggung Nor Chahaya yang kini dijaga anaknya, Rozana menyerahkan sumbangan kerusi roda bagi menggantikan alat bantuan itu yang telah lusuh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619