AGENDA

Rugi bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta

27 Ogos 2020, 6:05 AM
Rugi bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Airasia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih lebih tinggi kepada RM305.24 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 daripada RM207.11 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata ia masih kekal dalam fasa hibernasi sepanjang tempoh suku kedua tahun ini sehingga sekarang dengan operasi minimum dalam bentuk sokongan penghantaran balik serta pengangkutan kargo.

“Kapasiti tempat duduk dan jumlah penumpang yang dibawa dalam suku berkenaan masing-masing mencecah 6,032 dan 2,291 manakala faktor beban muatan penumpang adalah 38 peratus.

“Bagi suku berkenaan, pihak sekutu kami di Thailand mencatatkan hasil sebanyak US$4.7 juta manakala bilangan penumpang sebanyak 309 orang dan kapasiti tempat duduk berjumlah 377.

"AirAsia X Thailand merekodkan kerugian bersih US$54.2 juta bagi suku tersebut," katanya.

Bagi kemajuan masa depan, AAX berkata kumpulan itu dijangka kekal dalam mod hibernasi dalam tempoh terdekat memandangkan prospek menyambung semula penerbangan itu berkait rapat dengan kelonggaran sekatan perjalanan serta penarikan menarik balik sekatan sempadan dan jangkaan peningkatan permintaan bagi perjalanan antarabangsa.

Bagi tahun ini, syarikat tersebut mempunyai lindung nilai bahan api pada purata harga Brent sebanyak US$61.45 manakala 70 peratus daripada kontrak terbabit yang telah disusun semula.

"Kumpulan ini menjangkakan mencatat beberapa kerugian lindung nilai apabila harga bahan api diunjur terus lemah dalam masa terdekat ini," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619