PBT

Padah buang sampah secara haram, tukang cat didenda RM1,500

27 Ogos 2020, 12:50 AM
Padah buang sampah secara haram, tukang cat didenda RM1,500

SHAH ALAM, 27 OGOS: Mahkamah Majistret Telok Datok semalam mengenakan denda RM1,500 atau penjara enam hari kepada seorang tukang cat kerana membuang sampah secara haram.

Tertuduh disabit atas kesalahan membuang sampah di bawah Undang-Undang Kecil 3 (a), Undang-Undang Kecil Mencegah kekotoran MDKL 1994 apabila didapati melakukan perbuatan itu di kawasan Jalan Persiaran Mahkota, Bandar Mahkota, Banting.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan individu atau mana-mana pihak melakukan kesalahan seperti itu.

"Saya berharap kes ini menjadi pengajaran kepada yang lain, MPKL akan mengambil tindakan perundangan terhadap mereka yang melakukan kesalahan sama pada masa akan datang," kata Dato' Amirul Azizan Abd Rahim.

Penduduk Kuala Langat yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pembuangan sampah haram boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan itu melalui talian 03-3187 2825 atau Sistem Pengurusan Aduan Selangor (SISPAA).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619