AGENSI

Invest Selangor lancar platform digital mudahkan rujukan pelabur

25 Ogos 2020, 3:27 AM
Invest Selangor lancar platform digital mudahkan rujukan pelabur

SEPANG, 24 OGOS: Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) melancar platform digital bulan depan bagi memudahkan pelabur merujuk industri ekonomi negeri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Hassan Azhari Idris berkata platform itu memudahkan pelabur tempatan dan luar negara mendapat maklumat.

“Selepas penularan Covid-19, Invest Selangor lebih memilih konsep maya untuk sebarang urusan termasuk promosi menarik pelabur tempatan dan asing,” katanya ketika menyertai lawatan Dato' Seri Amirudin Shari ke kilang sarung tangan getah, Hartalega NGC Sdn Bhd semalam.

Tahun lalu, Selangor mencatatkan pelaburan tertinggi dengan nilai RM47.8 bilion diikuti Pulau Pinang (RM33.7 bilion), Johor (RM24.4 bilion) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM21.6 bilion).

Semua negeri itu menyumbang lebih 60 peratus daripada keseluruhan jumlah pelaburan yang diluluskan untuk 2019.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619