ADN

Kumpulan Wak Jeng ceriakan sambutan ambang merdeka

23 Ogos 2020, 2:33 PM
Kumpulan Wak Jeng ceriakan sambutan ambang merdeka
Kumpulan Wak Jeng ceriakan sambutan ambang merdeka

TANJONG SEPAT, 23 OGOS: Sambutan ambang merdeka di sini bakal dimeriahkan dengan persembahan kumpulan pemuzik jalanan (buskers) Wak Jeng, kata Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat.

Borhan Aman Shah berkata semua masyarakat sekitar dijemput hadir menonton persembahan kumpulan penyanyi yang terdiri daripada enam ahli keluarga dari Batu Pahat, Johor itu.

Menurut Borhan kumpulan Wak Jeng popular di media sosial Facebook kerana menyanyikan lagu masyarakat berunsur nasihat serta irama 70-an.

"Oleh itu, saya menyeru supaya orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri keunikan Wak Jeng, selain persembahan muzik, kita juga menyediakan cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

[caption id="attachment_432948" align="alignright" width="500"] ADN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah (tengah) bersama penduduk mengibarkan Jalur Gemilang ketika Program Sambutan Kemerdekaan ke 63 Dun Tanjong Sepat 'Setia Jiwa Harmoni Sekata' di Dewan Kebudayaan Homestay Batu Laut, Tanjung Sepat pada 23 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Kesemua acara istimewa ini dianjurkan semata-mata untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan," katanya ketika program Sambutan Kemerdekaan ke-63 anjuran Dewan Undangan Negeri Tanjong Sepat, di Dewan Kebudayaan Homestay Kampung Batu Laut, di sini hari ini.

Dalam pada itu Borhan berkata sambutan tersebut dilakukan tanpa mengabaikan tatacara operasi piawai (SOP) mencegah penularan wabak Covid-19.

"Pada masa sama penduduk tidak boleh mengabaikan SOP, kekal menjaga jarak dan buat pendaftaran sebelum masuk ke kawasan acara," katanya kepada SelangorKini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619