ADN

ADN Kota Anggerik edar pelitup muka corak Jalur Gemilang

23 Ogos 2020, 9:06 AM
ADN Kota Anggerik edar pelitup muka corak Jalur Gemilang
ADN Kota Anggerik edar pelitup muka corak Jalur Gemilang

SHAH ALAM, 23 OGOS: Sebanyak 200 pelitup muka corak Jalur Gemilang diedarkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ahli Dewan Negerinya, Mohd Najwan Halimi berkata pemilihan mengedarkan alat itu kerana negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat pandemik Covid-19.

"Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, saya memutuskan untuk mengedarkan pelitup muka corak Jalur Gemilang kepada warga DUN Kota Anggerik memandangkan kita masih dalam fasa PKPP.

"Serahan ini juga dapat memastikan masyarakat patuh SOP ketika berada di tempat awam sekali gus menzahirkan kecintaan dan semangat patriotik kepada negara," katanya kepada SelangorKini.

Mohd Najwan berkata pelitup muka itu lebih praktikal digunakan kerana ia boleh diulang pakai selepas dicuci selain menjimatkan pengguna.

Menurut Mohd Najwan pelitup muka corak Jalur Gemilang yang diedarkan turut menjadi tarikan masyarakat luar Selangor.

"Memandangkan sambutan diterima amat menggalakkan, saya menyasarkan sebanyak 2,000 pelitup muka lagi diedarkan dalam masa terdekat," katanya.

Hari ini beliau turun padang mengedarkan pelitup muka corak Jalur Gemilang di Pasar Moden Seksyen 6; Kebun Komuniti Seksyen 8 dan Pasar Seksyen 16.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619