AGENDA

Ismail Sabri: Polis tahan 86 individu langgar arahan PKP, 11 direman

22 Ogos 2020, 7:37 AM
Ismail Sabri: Polis tahan 86 individu langgar arahan PKP, 11 direman
Ismail Sabri: Polis tahan 86 individu langgar arahan PKP, 11 direman

SHAH ALAM, 22 OGOS: Polis menahan 86 individu kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri berkata daripada jumlah itu 11 direman manakala 75 individu dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal menyediakan peralatan dan catatan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka, aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan sosial dan seorang pendatang asing tanpa izin," katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan PKP hari ini.

Menurut Ismail Sabri sebanyak 60,918 pemeriksaan dibuat semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) PKP Pemulihan membabitkan 3,988 pasar raya, 5,188 restoran serta 1,026 penjaja, 1,668 kilang, 3,617 bank dan 925 pejabat kerajaan.

"Polis juga mengadakan pemantauan di 1,069 terminal pengangkutan darat, 243 terminal pengangkutan air serta 109 terminal pengangkutan udara," katanya.

Tambah Ismail Sabri satu tapak binaan diberi amaran gara-gara gagal patuh SOP menerusi pemeriksaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

"Pemeriksaan membabitkan 11 tapak binaan di seluruh negara. Hasil pemeriksaan mendapati sembilan tapak binaan patuh SOP, hanya satu diberi amaran," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619