AGENDA

KPN: 10,000 orang disasar terlibat sesi maklum balas rakyat

22 Ogos 2020, 6:53 AM
KPN: 10,000 orang disasar terlibat sesi maklum balas rakyat

PUTRAJAYA, 22 OGOS: Sesi Maklum Balas Rakyat berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 dari Ogos sehingga September ini menyasarkan penglibatan 10,000 rakyat di seluruh negara, menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Ia untuk memastikan pandangan rakyat Malaysia, pemegang taruh berkaitan termasuk ahli rukun tetangga, pemimpin tempatan di peringkat daerah dan negeri, pihak kementerian dan agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan, ahli akademik serta pihak berkepentingan lain diambil kira dalam penggubalan PTPN 2021-2025 yang akan menyokong pelaksanaan Dasar Perpaduan Negara mulai 2021.

"Seluruh rakyat Malaysia dialu-alukan untuk terlibat dalam pembangunan PTPN 2021-2025 dengan menyertai sesi maklum balas di negeri dan daerah masing-masing dengan mengemukakan pandangan dan cadangan melalui soalan dalam talian di laman web Sesi Maklum Balas Rakyat https://www.research.net/r/mklmblsonline,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut KPN, laman web itu telah dibangunkan kementerian bersama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu, sesi maklum balas juga boleh disertai melalui laman web KPN di www.perpaduan.gov.my, media sosial Instagram @perpaduannegara, Facebook PerpaduanNegara dan Twitter @PerpaduanNegara, dan pandangan serta cadangan juga boleh dihantar kepada ptpn@perpaduan.gov.my.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619