ADN

MPK wujud skuad khas tangani isu pembuangan sampah haram

20 Ogos 2020, 4:28 AM
MPK wujud skuad khas tangani isu pembuangan sampah haram

SHAH ALAM, 20 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan Skuad Khas Penguatkuasaan untuk membersihkan tapak pembuangan sampah haram di Jalan Kebun Nenas, kata Ahli Dewan Negeri Sentosa.

G Gunarajah berkata pihak berkuasa tempatan itu juga akan memasang kamera litar tertutup (CCTV)

bagi memantau salah laku di kawasan tersebut.

"MPK memberi jaminan akan membersihkan dan melakukan pengindahan kawasan ini dengan kadar segera.

"Selain skuad khas itu, mereka juga akan memasang lampu jalan dan CCTV agar pemantauan secara terus di kawasan itu dapat dilaksanakan," katanya dalam kenyataan.

Menurut Gunarajah sepanjang 2019 MPK menyita 40 buah kenderaan dan tindakan sama dilakukan terhadap 20 kenderaan lain tahun ini kerana terlibat dalam aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau merayu penduduk setempat agar memberikan kerjasama menjaga kebersihan dan keselesaan kawasan ini sesuai dengan hasrat mewujudkan ‘Sejahtera Sentosa’.

Terdahulu satu operasi memantau kawasan pembuangan sampah haram di kawasan itu dijalankan pelbagai agensi semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619