AGENSI

Covid-19: Mutasi agresif, rakyat diingatkan terus patuh norma baharu

19 Ogos 2020, 3:18 AM
Covid-19: Mutasi agresif, rakyat diingatkan terus patuh norma baharu

SHAH ALAM, 19 OGOS: Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) bimbang terhadap penemuan mutasi jenis D614G yang mudah dijangkiti dalam kluster Covid-19.

Berikutan itu, pasukan tersebut mengingatkan masyarakat supaya tidak selesa dengan perkembangan wabak di negeri ini kerana virus berkenaan masih ada.

"STFC tidak pernah memandang mudah perkara sebegini sejak dahulu lagi, sebab itu orang awam diingatkan patuh dan berdisiplin dalam norma baharu kehidupan seharian," tulisnya di Facebook hari ini.

Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan makmal Institut Penyelidikan Perubatan mengesan mutasi D614G dalam kluster PUI Sivagangga dan Ulu Tiram.

Beliau berkata mutasi itu 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan merebak sekiranya disebar oleh perebak utama.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619