AGENDA

Red Giants tingkat kecergasan pemain sebelum liga bersambung

17 Ogos 2020, 8:06 AM
Red Giants tingkat kecergasan pemain sebelum liga bersambung
Red Giants tingkat kecergasan pemain sebelum liga bersambung

SHAH ALAM, 17 OGOS: Selangor fokus menambah baik kecergasan dan persefahaman antara pemain sebelum liga bersambung semula pada 26 Ogos ini.

Jurulatih B Sathianathan berkata walaupun pasukannya menang dalam tiga perlawanan persahabatan, banyak perkara perlu diperbaiki segera bagi mengelak kesilapan mudah berulang.

“Kita tidak boleh berpuas hati kerana ia hanya perlawanan persahabatan. Kelemahan memang ada daripada segi pertahanan dan hantaran bola.

[caption id="attachment_427139" align="alignright" width="500"] B Sathianathan ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan bagi persiapan menghadapi Liga Malaysia di Padang SUK Shah Alam pada 27 Julai 2020. Foto BERNAMA[/caption]

“Persefahaman antara pemain juga perlu ditambah baik termasuk kecergasan mereka yang belum mencapai 100 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Selangor, yang terkenal dengan jolokan Red Giants melakar kemenangan selesa dalam tiga perlawanan persahabatan menewaskan UKM FC (3-0), Negeri Sembilan (0-3) dan Terengganu FC (2-0).

Sathianathan berkata pasukannya akan beraksi dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur pada 19 Ogos ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun akan menyertai latihan pasukan selepas selesai kuarantin wajib minggu hadapan.

Selangor dijadual bertemu PJ City FC dalam aksi CIMB Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam pada 27 Ogos ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619