PBT

PBT buat rondaan kenal pasti perokok, peminum di taman awam

16 Ogos 2020, 12:49 AM
PBT buat rondaan kenal pasti perokok, peminum di taman awam

SHAH ALAM, 16 OGOS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melakukan rondaan berkala di sekitar taman awam bagi mengenal pasti individu yang ingkar arahan larangan merokok dan meminum arak.

Pegawai perhubungan awamnya berkata tindakan akan dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang dan pihaknya akan mengenal pasti kawasan taman menjadi tumpuan pihak berkenaan.

"Setakat ini tiada tangkapan tetapi operasi dari semasa ke semasa akan dilakukan dan orang ramai boleh membuat aduan sekiranya terlihat salah laku itu," kata Kamarul Izlan Sulaiman kepada SelangorKini.

Manakala timbalan pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang berkata pihaknya juga dalam peringkat pemantauan di semua taman awam sekitar.

"Kita mungkin memberi amaran terlebih dahulu sebelum tindakan saman dikenakan kepada pelaku," kata Ahmad Fauzi Ishak.

Pada 14 Julai lalu, Selangor muncul negeri pertama di Malaysia menguatkuasakan perintah arahan larangan menghisap rokok, rokok elektronik dan meminum minuman keras di taman permainan serta rekreasi.

Jika didapati terdapat individu melakukan kesalahan, mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619