AGENDA

MBSA tunggu siasatan selesai, beri tugas lain

15 Ogos 2020, 8:40 AM
MBSA tunggu siasatan selesai, beri tugas lain

SHAH ALAM, 15 OGOS: Pengarah dan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) digantung tugas sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai, kata Datuk Bandarnya.

Dato' Haris Kasim berkata prosedur tersebut merupakan amalan biasa bagi penjawat awam yang sedang disiasat pihak berkuasa.

"Setakat ini tiada rombakan dalaman cuma mereka yang sedang disiasat diberi tugasan berbeza manakala pegawai lain akan menggantikan pihak berkaitan untuk sementara waktu," katanya kepada media selepas menghadiri Program Penyusunan Semula Peniaga dan Penjaja Bandar Baru Sungai Buloh di Dewan Meranti, Jalan 1D di sini hari ini.

Semalam, SPRM menahan pengarah Jabatan Penguatkuasa MBSA bagi membantu siasatan berhubung kes melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian.

Sebelum ini, tujuh penguat kuasa MBSA Cawangan Sungai Buloh turut ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan tidak berlesen termasuk pusat perjudian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619