AGENSI

Tawar rebat, PREC jangka kutipan sewa meningkat akhir tahun

14 Ogos 2020, 12:37 AM
Tawar rebat, PREC jangka kutipan sewa meningkat akhir tahun

SHAH ALAM, 14 OGOS: Pemberian rebat tiga bulan dijangka meningkatkan jumlah kutipan sewa di Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall akhir tahun ini.

Ketua pegawai eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) berkata program Jom Beli sehingga Disember juga membantu peniaga meraih pendapatan untuk melunaskan sewa.

"Kita anjurkan program Jom Beli di kedua-dua premis seminggu sebelum Aidiladha bagi membantu peniaga mendapatkan hasil jualan dan kita mula terima bayaran (sewa).

"Walaupun kutipan bawah sasaran, namun kita yakin ia akan meningkat secara berperingkat dalam tahun ini,” kata Fakru Radzi Ab Ghani ketika dihubungi.

Pada Mac dan April lalu, PREC menawarkan rebat sewa 50 peratus kepada peniaga bergantung kepada jenis perniagaan runcit manakala 30 peratus pada Mei.

Agensi itu turut memberi penangguhan sewa Mei dan Jun selain meneruskan Program Jom Beli.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619