AGENDA

Celcom Axiata bantu transformasi digital PKS

13 Ogos 2020, 2:00 PM
Celcom Axiata bantu transformasi digital PKS

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Celcom Axiata Bhd telah melancarkan kempen 'Celcom Business: Reimagine SME for Tomorrow’ dalam usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melaksanakan usaha digitalisasi serta pulih daripada impak pandemik Covid-19.

Susulan itu, Celcom Axiata hari ini melancarkan kerjasama dengan 13 rakan lain merangkumi agensi-agensi kerajaan, institusi kewangan, organisasi keusahawanan dan rakan teknologi bagi menyalurkan sumber serta pengetahuan berkaitan.

Rakan terbabit adalah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Majlis Amanah Rakyat, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan Bank Simpanan Nasional yang akan menggalakkan inisiatif-inisiatif kepada PKS terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Idham Nawawi berkata PKS menyumbang 38.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting untuk memastikan pertumbuhan dan kelangsungan PKS diberi keutamaan serta mampu untuk pulih dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pada masa sama, adalah penting bagi PKS untuk memanfaatkan penggunaan digital yang berkembang pesat di Malaysia atau terus ketinggalan.

Sementara itu, Alliance Bank Bhd dan SME Corporation akan membantu PKS dari segi pembiayaan untuk memperoleh sokongan digital Celcom.

Pihak lain yang turut terbabit sebagai rakan usaha itu termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia, Persatuan PKS Malaysia, Persatuan Ejen-Ejen Penghantaran & Logistik Selangor, Microsoft, Slurp! dan Avana Asia.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619