AGENDA

Karnival Kerjaya Pandan 2020 tawar 500 peluang kerja

9 Ogos 2020, 6:48 AM
Karnival Kerjaya Pandan 2020 tawar 500 peluang kerja

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Program Karnival Kerjaya Pandan 2020 yang dianjurkan hari ini menawarkan kira-kira 500 peluang pekerjaan dalam usaha membantu sektor terjejas akibat Covid-19.

Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata karnival bimbingan kerjaya selama sehari itu diharap dapat membantu individu yang kehilangan pekerjaan membina semula kerjaya.

"Harapan kami, karnival ini dapat menemukan mereka yang memerlukan pekerjaan dengan majikan yang mempunyai pekerjaan untuk ditawarkan," katanya semasa merasmikan karnival itu hari ini.

Beliau berkata karnival tersebut menawarkan sesi temu duga, sesi taklimat bersama majikan, sesi panduan membuat resume berkualiti, khidmat nasihat perburuhan dan khidmat kaunseling serta pengurusan kewangan.

Katanya peserta yang hadir layak untuk menyertai dan mendaftar dengan Inisiatif Peduli Rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619