AGENSI

Covid-19: Selangor sifar kes baharu kali ke-10

5 Ogos 2020, 1:27 PM
Covid-19: Selangor sifar kes baharu kali ke-10

SHAH ALAM, 5 OGOS: Selangor bebas kes Covid-19 kali ke-10 bermula 10 Jun lalu hingga hari ini, maklum Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

"Alhamdulillah, buat kali ke-10 dan tiga hari berturut-turut tiada sebarang kes dicatatkan di Selangor. Tiada kes discaj dan tiada kematian dilaporkan," tulisnya di Twitter.

Keseluruhannya negeri itu mencatatkan 2,130 kes dengan 1,904 daripadanya berjaya sembuh.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor memaklumkan tiada perubahan demografi zon kes aktif dan bilangan kes kurang lima.

Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan satu kes manakala dua di Sepang.

"Jadikan berita baik ini sebagai motivasi. Terus amalkan langkah pencegahan dan guna SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) bagi mendaftar pengunjung yang masuk ke premis," tulisnya di Twitter.

Sebanyak 21 kes baharu wabak dicatatkan hari ini dengan sebahagian besarnya membabitkan rakyat tempatan yang pulang dari luar negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619