AGENSI

Norita teraju MBI, bukti keterbukaan Kerajaan Negeri

5 Ogos 2020, 6:14 AM
Norita teraju MBI, bukti keterbukaan Kerajaan Negeri
Norita teraju MBI, bukti keterbukaan Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pemilihan Norita Mohd Sidek sebagai peneraju baharu Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) membuktikan keterbukaan Kerajaan Negeri.

Dato' Menteri Besar berkata pengalaman luas bekas ketua pegawai operasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dapat memperkukuhkan fungsi konsortium anak syarikat Kerajaan Negeri itu terutama selepas berdepan Covid-19.

"Ini adalah bukti keterbukaan Kerajaan Negeri dan saya berharap ketua pegawai eksekutif (CEO) dapat terus memajukan MBI dan melengkapkan misi Selangor bergelar negeri pintar menjelang 2025," kata Dato' Seri Amirudin Shari kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_429032" align="aligncenter" width="580"] Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Norita Mohd Sidek menandatangani watikah pelantikan sambil disaksikan Dato Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari di Pejabat Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 5 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Norita bertemu Amirudin di pejabat Dato' Menteri Besar serta menerima watikah pelantikannya.

Pada 3 Ogos lalu, Norita dilantik sebagai CEO MBI yang baharu bagi menggantikan Raja Shahreen Raja Othman yang tamat kontrak pada 30 November tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619