AGENDA

Lakukan sanitasi setiap hari di lokasi tumpuan - Dr Noor Hisham

3 Ogos 2020, 12:31 PM
Lakukan sanitasi setiap hari di lokasi tumpuan - Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan proses sanitasi di lokasi tumpuan awam seperti restoran dilakukan setiap hari bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Ketua pengarah kesihatan berkata langkah tersebut tidak wajar dilakukan hanya setiap enam bulan terutama di persekitaran yang kerap disentuh orang ramai.

"KKM mengeluarkan nasihat dan tekankan kepada pihak berkaitan supaya proses sanitasi dilakukan setiap hari, bukannya enam bulan sekali baru hendak buat, kita kena pastikan kawasan kerap disentuh jalani sanitasi setiap hari," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Berdasarkan statistik dikeluarkan hari ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjalankan 9,475 operasi sanitasi merangkumi 134 zon sejak 30 Mac.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter adalah senjata paling ampuh mencegah penularan Covid-19.

"Orang awam diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan sesak dan dalam perkhidmatan awam, walaupun mereka mungkin boleh menanggalkannya dalam keadaan tertentu seperti ketika bersendirian atau ketika bersenam.

"Kedua, kita juga boleh menanggalkan pelitup muka ketika bercakap dan ketiga perlu meneruskan amalan kerap mencuci tangan, mengelakkan tempat sesak serta tertutup," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619