AGENDA

KKM: 64 jenama termometer infra merah dapat kebenaran

3 Ogos 2020, 10:59 AM
KKM: 64 jenama termometer infra merah dapat kebenaran

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan 64 jenama termometer infra merah diimport bagi menyukat suhu badan, kata ketua pengarahnya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua jenama tersebut melepasi ujian keselamatan dan prestasi bagi memastikan peralatan berfungsi dengan berkesan ketika melakukan saringan kesihatan.

"Bagi pendaftaran dan pemasaran termometer di Malaysia, peralatan dibekalkan dalam pasaran perlu mematuhi aras menunjukkan keselamatan dan prestasinya.

"KKM sedar terdapat bahan tersebut tidak berdaftar atau mendapat kebenaran akses dalam pasaran. Adalah diingatkan KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) memantau situasi dan akan mengambil tindakan sekiranya melanggar undang-undang di bawah Akta 737," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata ia selamat digunakan serta menegaskan dakwaan penggunaan peralatan tersebut menyebabkan kecederaan otak tidak tepat.

"Termometer tanpa sentuh bukan alat penembak dan tidak memancarkan radiasi kerana direka bentuk untuk mengesan serta menyerap isyarat sinaran infra merah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik.

"Litar elektronik dalam termometer memproses isyarat elektrik untuk menentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan," katanya.

Beliau berkata kajian dilakukan Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM mendapati tiada bukti saintifik mengenai kesan sampingan penggunaannya untuk mengukur suhu di dahi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619