AGENDA

Dua kes baharu Covid-19 libat rakyat tempatan

3 Ogos 2020, 10:17 AM
Dua kes baharu Covid-19 libat rakyat tempatan

SHAH ALAM, 3 OGOS: Sebanyak dua kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini selepas kali terakhir mencatatkan angka harian sama pada 30 Jun lalu, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes tersebut adalah satu kes kluster PUI (pesakit bawah siasatan) Sivagangga di Kedah dan saringan pelajar kolej tidak bergejala di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Pertambahan dua kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah 9,001 dengan 208 daripadanya merupakan kes aktif.

"Hari ini juga terdapat empat kes telah pulih menjadikan jumlah keseluruhan 8,668 atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata terdapat satu kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan kes kematian di negara ini kekal 125 atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619