AGENDA

Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama selain dolar

3 Ogos 2020, 2:01 AM
Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama selain dolar

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi sebaliknya diniagakan tinggi berbanding mata wang lain, disokong oleh permintaan daripada para pelabur susulan langkah kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman untuk meringankan beban mereka yang kehilangan pekerjaan.

Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2400/2460 berbanding dolar AS daripada 4.2380/2420 ketika direkodkan pada penutup Khamis.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti sambutan AidilAdha.

Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding dolar AS selepas Rizab Persekutuan AS mengulangi janji untuk mengehadkan kerosakan yang dicetuskan pandemik Covid-19 dengan lonjakan kes baharu menjejaskan pemulihan ekonomi negara itu.

Sementara itu, ringgit turut memantau harga minyak mentah yang rendah. Minyak mentah diniagakan pada AS$43.32 setong, susut 0.46 peratus.

Berbanding pound Britain, unit tempatan itu merosot kepada 5.5421/5508 daripada 5.5102/5176.

Bagaimanapun, berbanding dolar Singapura, ia mengukuh kepada 3.0796/0851 daripada 3.0806/0849 dan meningkat kepada 3.9917/9977 daripada 4.0350/0400 apabila dibandingkan dengan yen Jepun.

Berbanding euro pula, ringgit mengembang kepada 4.9816/9891 daripada 4.9826/9882.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619