AGENDA

Dua lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Kedah, Sarawak

28 Jul 2020, 11:01 AM
Dua lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Kedah, Sarawak

SHAH ALAM, 28 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan kes pesakit dalam pengawasan (PUI) Sivagangga di Kedah dan sebuah pasar di Satok, Sarawak.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes indeks kluster PUI tersebut merupakan seorang pemastautin tetap yang pulang dari India pada 13 Julai iaitu kes ke-8,937.

Katanya, saringan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif sebelum menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.

"Namun, dia didapati tidak mematuhi syarat perintah tersebut dan dalam tindakan pihak berkuasa. Saringan ulangan didapati positif serta dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

"Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif dijalankan dan 28 kontak rapat sudah disaring dengan lima daripadanya positif manakala 23 negatif," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Bagi kluster pasar di Satok Kuching, Sarawak pula, beliau memaklumkan 229 peniaga sudah disaring dengan empat daripadanya positif manakala baki negatif.

"Semua kes positif adalah tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan. Aktiviti pencegahan serta kawalan jangkitan di pasar tersebut sedang dilaksanakan termasuk proses pembersihan juga nyahkuman," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619