AGENDA

Individu dikuarantin wajib perlu bayar RM4,700

28 Jul 2020, 8:21 AM
Individu dikuarantin wajib perlu bayar RM4,700

SHAH ALAM, 28 JULAI: Individu yang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari luar negara perlu membayar kos RM4,700, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata rakyat Malaysia perlu membayar maksimum RM2,100, sementara kerajaan menanggung baki RM2,600.

"Bayaran ditanggung kerajaan ini termasuk kos pengangkutan dari pintu masuk sempadan ke stesen kuarantin.

"Turut ditanggung ialah kos makan minum serta peralatan perlindungan diri (PPE) petugas kesihatan, petugas keselamatan dan sekretariat serta kos pembersihan dan penyahtinjaan di stesen kuarantin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah polis melakukan 1,776 pemeriksaan terhadap individu yang menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

"Polis bersama petugas Kementerian Kesihatan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan tatacara operasi piawai dipatuhi."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619