AGENDA

Covid-19: 120 kes baharu dalam tujuh hari, Sarawak tertinggi

27 Jul 2020, 11:57 AM
Covid-19: 120 kes baharu dalam tujuh hari, Sarawak tertinggi

SHAH ALAM, 27 JULAI: Malaysia merekodkan 120 kes baharu Covid-19 antara 19 hingga 25 Julai, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah keseluruhan tersebut, Sarawak muncul negeri tertinggi dengan 48 kes diikuti Johor (29 kes) dan Selangor (24 kes).

"Susulan peningkatan kes di Sarawak, Kementerian Kesihatan (KKM) menghantar pasukan khas bagi meninjau dan memberi pandangan mengenai situasi penularan serta pengurusan jangkitan Covid-19.

"Pasukan ini terdiri pakar perubatan kesihatan awam, pakar perubatan patologi dan sebagainya. Mereka memberi bekerjasama rapat dengan

pasukan sedia ada di negeri itu," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Dr Noor Hisham berkata kes positif saringan sebelum pembedahan tidak membimbangkan kerana hanya melibatkan 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

"Seramai 76,758 pesakit melakukan saringan sebelum pembedahan dan daripada jumlah ini hanya 32 dikesan positif," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619