AGENSI

Paip pecah: Gombak alami gangguan bekalan air

26 Jul 2020, 6:24 AM
Paip pecah: Gombak alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sebanyak 16 lokasi di Gombak mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah di Rumah Pam Melawati, dekat sini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata susulan itu, sistem rumah pam tersebut terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi tadi.

"Sehingga jam 1 petang ini, Air Selangor sedang giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah dan membaik pulih sistem rumah pam tersebut.

"Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan terjejas sedang digerakkan bagi membantu pengguna," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikut ialah kawasan yang terjejas:

1. Taman Melawati

2. Kemensah Residensi

3. Saujana Melawati

4. Sunway Kayangan

5. Sunway Melawati

6. Tiara Kemensah

7. Tropika Kemensah

8. Twin Palm Kemensah

9. Ukay Prima

10. Bukit Melawati

11. Nadayu Melawati

12. Amber Hill

13. Kampung Klang Gate

14. 203 Melawati

15. Zoo Negara

16. Kemensah Heights

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619