AGENDA

Harga siling pelitup muka RM1.20 seunit mulai 15 Ogos

23 Jul 2020, 5:05 AM
Harga siling pelitup muka RM1.20 seunit mulai 15 Ogos

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Harga siling pelitup muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.

Penurunan harga itu, kata beliau, selaras dengan langkah kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam seperti yang disaran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dari segi bekalan, tinjauan dan pemantauan mengenai pengeluaran serta pengedaran pelitup muka adalah mencukupi ditambah juga dengan yang diimport… jadi soal bekalan tidak ada masalah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengkaji keperluan untuk menurunkan harga pelitup muka dan memastikan bekalan mencukupi.

Alexander berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) mengenai rasional penurunan harga siling pelitup muka.

Pada 20 Julai, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan ancaman Covid-19 masih belum berakhir.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619